Saturday, July 18, 2009

Kemahiran Menjana Idea Secara Kreatif dan Inovasi Bagi Penghasilan Rekaan dan Binaan Set Teater.

Kreativiti dan inovasi yang berkaitan dengan kemahiran melukis dan mewarna memainkan peranan penting bagi membina kreativiti seseorang pereka dalam sesebuah produksi teater. Pendedahan penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran dalam studio.

Pengenalan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan, proses kajian dari satu langkah ke satu langkah paling penting. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan dan binaan model set. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis, mewarna, mereka bentuk serta kefahaman grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan dengan proses rekaan dan binaan set teater.

Walaupun setiap disiplin mementingkan sesuatu aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada keseluruhan, ia berolah ke satu arahan yang sama iaitu mewujudkan sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam pemahaman aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa transformasi mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.





Kursus-kursus dalam disiplin yang berlainan dikendalikan untuk melahirkan daya pemikiran kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika. Oleh itu, para pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam bentuk visual merupakan perkara asas dan diutamakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan inovatif.






Untuk menjadi pereka set yang profesional, pelajar tidak boleh mahir melukis dan mereka hanya pada peringkat asas. Ini kerana rekaan dan binaan set untuk sesuatu persembahan tidak hanya terletak kepada bakat sahaja. Ia meliputi beberapa bidang penting seperti pengurusan, psikologi, kepakaran teknologi, kemahiran bahan, pengetahuan kraftangan, kepimpinan, perundangan, produk dan lain-lain yang mempunyai kepelbagaian disiplin.



Pemikiran visual ialah satu bentuk pemikiran
yang menggunakan hasil pandangan-melihat, membayang dan melukis. Dalam konteks rekabentuk, ianya memberikan tumpuan kepada hasil ketiga daripada gambaran, lukisan atau lakaran. Hasil dari faktor tersebut dapat membentuk satu persepsi yang mantap terutama melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam sesuatu rekaan.






Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif. Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni. Berhubung perkara ini, maka penyelidik dan juga sebagai pensyarah, telah melakukan penelitian terhadap pelajar-pelajar di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang telah mengambil kursus-kursus dalam Rekaan Set dan Prop, Seni Visual Dalam Teater dan Komunikasi Visual. Objektif penelitian kualitatif ini untuk mengenalpasti perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri bagi menghasilkan sesuatu rekaan dan binaan set dalam sesebuah pementasan teater. Kegiatan mereka dan membina set ini merangkumi penerokaan terhadap unsur seni dan prinsip rekaan serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya untuk menghasil model-model yang terbaik untuk sesebuah produksi teater. Latihan dalam studio yang melibatkan rekaan dan binaan set turut memperkenalkan pelbagai teknik dan kemahiran membina model set yang kreatif serta menarik bila dipersembahkannya. Kesedaran melalui pemerhatian alam dan persekitaran menjadi fokus kegiatan menghasilkan rekaan dan binaan set yang kreatif. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas senireka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar menyelaras apa yang dilihat dan dialami seterusnya digunakan dalam proses rekaan dan binaan model set untuk pementasan teater.

Kesimpulan hasil dari penelitian, penyelidik mendapati kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi bagi penghasilan rekaan dan binaan set teater mempunyai pertalian yang penting dengan teknik dan sumber bahan yang digunakan. Perkaitan ini dapat dibahagikan kepada empat disiplin utama. Empat disiplin tersebut harus dijadikan teras bagi kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi. Empat disiplin tersebut termasuklah pemahaman visual, latihan yang berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan, kefahaman dalam organisasi rekaan, kajian teori dan analisis yang berkaitan dengan aspek visual set pementasan dan seni persembahan teater secara keseluruhan.


http://umfacts.um.edu.my/gallery/index.php?menu=research_details&cid=142
Saya telah mencari link yang pertama dengan kreativiti dalam seni visual, maklumat ini didapati melalui mahasiswa-mahasiswi yang berada dari Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment